Pemanduan
selama 30 minit ke selatan Ipoh menghala ke arah Batu Gajah akan
membawa anda ke Ladang Getah Kinta Kellas. Di tengah kehijauan rumput
yang subur, tersergam sebuah istana impian separuh siap kepunyaan
William Kellie Smith, seorang peladang berbangsa Scotland yang
kaya-raya.
Pembinaan yang bermula pada tahun
1915 ke atas istana besar yang mempunyai seni bina lain dari yang lain
ini berhenti secara mendadak dengan kematian mengejut pemiliknya.
Suasana misteri masih menyelubungi rumah besar yang menyeramkan ini.
Adalah dipercayai istana ini juga mempunyai bilik-bilik rahsia dan
terowong bawah tanah.
Setelah 67 tahun
berlalu, khabar-khabar angin tentang peristiwa misteri istana ini telah
menguatkan lagi lagenda impian yang tidak kesampaian bagi William
Kellie Smith. Lagenda ini jugalah yang telah memberi satu daya tarikan
kepada istana ini untuk terus menjadi satu destinasi pengunjung yang
bersejarah.
Penemuan ganjil menyerupai seekor
beruang di batang pokok batai atau dagang menjadikan Kellie's Castle
sebagai kawasan pelancongan yang semakin terkenal dan terus dikunjungi
pelancong domestik serta luar negara. Pengarah Eksekutif Kellie's
Castle, Tajuddin Yaacob, berkata beliau berharap penemuan itu akan
membawa kebaikan dan keuntungan kepada kawasan pelancongan berkenaan
khasnya serta Perak amnya.
Kellie's Castle
adalah istana zaman kolonial yang dibina antara 1909 hingga 1926 oleh
seorang hartawan dari Scotland, Wiliam Kellie Smith di Kilometer 5.5
Jalan Simpang Pulai-Batu Gajah, dekat sini.Tajuddin berkata, penemuan
pada minggu pertama Aidilifitri lalu mengubah senario Kellie's Castle
yang terkenal sebagai kawasan pelancongan penuh misteri di negara ini.
Beliau berkata, jika selama ini pengunjung yang datang hanya memberi
tumpuan kepada bangunan istana lama terbabit, kini mereka juga tidak
melepaskan peluang melihat pokok batai atau dagang yang mirip wajah
beruang itu serta meninjau kawasan berhampiran.
Katanya,
apa yang menjadikannya lebih unik hanya terdapat satu pokok yang nama
saintifiknya Albizia di kawasan pelancongan itu dan ia berasal dari
Brazil. "Kami dapat melihat rupa seekor haiwan menyerupai beruang
seakan-akan memeluk batang pokok batai atau dagang yang besar
itu."Pokok terbabit terletak kira-kira 50 kilometer dari Kellie's
Castle dan dikatakan berusia lebih 40 tahun."Pihak pengurusan Kellie's
Castle akan membuat satu papan tanda khas mengenai pokok itu supaya ia
menjadi tumpuan pengunjung terutama pengunjung Kellie's Castle,"
katanya.
Tajuddin berkata, Kellie's Castle
menjadi tumpuan ramai pengunjung terutama pada hujung minggu dan musim
cuti seperti cuti umum atau persekolahan.Katanya, selain pelancong
domestik dari negeri ini dan seluruh negara, ia dikunjungi pelancong
luar dari Australia, Jerman, Amerika Syarikat, United Kingdom dan
negara Eropah lain serta Asia."Boleh dikatakan ramai yang datang dari
United Kingdom, mungkin kerana Smith berasal dari Scotland,"
katanya.Kellie's Castle adalah istana lama yang dibangunkan sebagai
lambang cinta Smith kepada isterinya, Agnes.
Bagamanapun,
ia gagal disiapkan kerana kematian Smith pada 1926.Kellie's Castle yang
diperbuat daripada batu bata merah dan marmar diimport dari India
setinggi enam tingkat mempunyai 24 bilik dan sebuah terowong bawah
tanah yang menghubungkan istana itu dengan kawasan estet berhampiran.